Wednesday 4 May 2016

Rezeki Oh Rezeki



Bismillahirahmanirrahim.

Sumber: Sharing WhatsApp Group Garam Aura Rezeki.

___________

Rezeki dalam hidup kita lain-lain.

Ada orang rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.

Ada orang rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.

Ada orang rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz al-Quran.

Ada orang rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.

Ada orang rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.

Ada orang rezeki dia, dapat travel sana-sini.

Ada orang rezeki dia, business maju dan bertambah maju.

Ada orang rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.

Ada orang rezeki dia, mudah belajar dan baca al-Quran.

Ada orang rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.

Ada orang rezeki dia, ada rumah yang selesa didiami.

Hakikatnya Allah menjadikan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tetapi kadang-kadang kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.

Alhamdulillah semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat al-Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca al-Quran walaupun sekali dalam hidup dia.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, insya Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.

Berlapang dada menjemput rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.





Saturday 9 April 2016

7 Magnet Rezeki: Harapan Itu... Sandarkan Hanya Kepada Dia




Teks: Mazlia Murat
Sumber Foto: http://3-s.my/ayat-murah-rezeki-dan-cepat-kaya/

Bismillahirrahmanirahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Apabila kita berharap kepada manusia...

Kepada kawan baik untuk membeli krim anti jeragat yang kita jual...
Kepada jiran untuk membeli kain cotton Gred AAA yang kita jual...
Kepada rakan pejabat untuk membeli abaya fursan A cut yang kita jual...
Kepada orang asing yang mesej bertanya tentang supplement makanan sunnah yang kita jual...

Sesudah kita beria-ia memperomosi...
Sesudah soalan demi soalan kita jawab...

Kemudiannya berakhir dengan...
No, thanks
Nantilah kalau nak saya contact awak

Atau lebih sadis
Langsung tidak ada respons...
Sunyi sepi.. buat dek je...

Sedih. Hampa. Kecewa. Penat. Putus asa. 

Namun...
Apabila kita berharap hanya kepada Dia
Berdoa Dia hantarkan...
Orang yang benar-benar memerlukan apa yang kita jual...
Orang yang akan mendapat manfaat daripada apa yang kita jual...

Tenang. Sabar. Positif.
Kita lalui hidup sebagai orang bisnes dengan hati yang damai. Yakin ada rezeki untuk kita.
Pasti Allah hantarkan pembeli terbaik untuk kita.
Kita dan dia akan sama-sama mendapat manfaat di atas urus niaga ini.
Insya Allah.

Nak kaya... mintalah pada yang Maha Pemberi Kekayaan.
Nak rezeki... mintalah pada yang Maha Pemberi Rezeki.



___________

Friday 8 April 2016

Hipnosis MBS: Aku Positif. Aku Tenang. Aku bahagia.



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Jom rakan-rakan WAHM (working-at home-mom) / para suri rumah luar biasa hebat, mari kita terapi diri.

Hipnosis minda separuh sedar (MBS) kita supaya kita lebih positif. Menjalani hidup dengan lebih baik hari demi hari. Insya Allah.

Baca (telinga kita dengar suara kita) sambil tangan kanan tekan dada belah kiri/jantung:
👇👇👇👇
------
Alhamdulillah, hari ini aku menjadi lebih hebat daripada semalam.

Aku bahagia.
Kebahagiaanku meningkat setiap hari.

Aku bijak. 
Kebijaksanaanku meningkat setiap hari.

Aku kaya.
Kekayaanku meningkat setiap hari.

Aku tenang. 
Ketenanganku meningkat setiap hari.

Aku fokus. 
Fokusku semakin meningkat setiap hari.

Aku sihat. 
Kesihatanku semakin baik setiap hari.

Aku beriman. 
Keimananku kepada Allah meningkat setiap hari.
Solatku semakin khusyuk, zikirku semakin kerap. Al-Quran aku baca setiap hari.
Semua yang aku lakukan menjadi ibadah kepada Allah.

Aku tak tahu bagaimana aku tahu dan aku lakukan tetapi aku berjaya capai setiap impianku dengan sangat mudah, cepat, bijak dan gembiranya.

Alhamdulillah ya Syakur. Terima kasih ya Allah.

Kredit: Diubah suai daripada content di Channel Telegram Bahagia Hidup BerTuhan

Sunday 13 March 2016

Anak Mama Dah Besar: Kasut Pink



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


"Eee, kotor. Ayah tak nampak ke masa beli, " bebel saya seraya memakaikan anak selipar baru berwarna pink yang dibelikan ayahnya semalam.

"Tak pe. Anti ayah eli asut pink." Pelat tetapi penuh keyakinan. 

Alahai anak mama. Entah siapa ajar dia tentang warna pink. Sekarang semua pun nak pink! 

Saturday 12 March 2016

Anak Mama Dah Besar: Mama Amni!



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Kami ke Mydin untuk menerai gerehal. Ketika Amni sedang leka, saya sembunyi di belakangnya.

Menyedari ketiadaan saya, dia memanggil saya beberapa kali. "Mama! Mama!"

Saya terus memerhati namun tidak bersuara. 

"Mama! Mama! Mama!"

Saya diam di tempot persembunyian.

"Mama Amni! Mama Amni! Mama Amni!"

Pandai sangat anak mama. Tak tahu nak gambarkan perasaan dalam hati. Antara rasa kelakar dan rasa sebak. 

Hati seorang ibu yang melihat anaknya semakin besar.

Thursday 3 March 2016

Siapa Kita Cari Dulu?

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Teks: Mazlia Murat


Allah dulu, Allah lagi, Allah terus adalah tagline Ustaz Yusuf Mansur. Malah ada satu buku beliau menggunakan tagline itu sebagai tajuk.

Saya mengenali Ustaz Yusuf Mansur melalui e-book Cikpuan Insyirah Azhar, BAD (Bertanya Allah Dulu). Lalu saya bertekad mencari buku-buku beliau. Saya beli 10 buku beliau, namun buku yang disebut dalam e-book saya tak dapat beli. Undang Saja Allah. Jadi, kalau ada sesiapa yang nak hadiahkan kepada saya, sangat-sangat dialu-alukan. Gitu…

Kita demam, 
Kita selesema, 
Kita sakit… 
Siapa kita cari dulu?
Allah ataupun doktor?

Kita rasa lapar, 
Nak makan, 
Rasa haus, 
Nak minum…
Kita cari air dan makanan ataupun kita 'cari' Allah dulu?

Pagi-pagi, kita bangun, 
Kita cari smartphone, nak cek FB, WhatsApp
Ataupun kita 'cari' Allah dulu, berzikir, ucap Alhamdulillah kerana masih hidup?

Kita nak berbisnes, 
Kita sibuk-sibuk cari produk, 
Cari mentor, 
Cari network, 
Ataupun kita 'cari' Allah dulu sebelum semua itu?


Bisnes kita krik… krik…
Hidup segan mati tak mahu…
Kita sibuk beriklan sana sini
Masuk kelas sana sini
Belajar kaedah soft selling
Belajar copy writing
Belajar teknik jual di FB, di insta
Ataupun kita 'cari' Allah dulu?


Kita tahu namun belum tentu kita amalkan…
Menghadirkan Allah dalam setiap langkah kehidupan kita. 


>>>> bit.ly/SayaMahuRezekiMelimpahRuah




Wednesday 2 March 2016

Tip Tarik Rezeki: Rezeki Murah VS Rezeki Melimpah Ruah



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Artikel ini diubah suai daripada sumber asal e-book Formula Tarik Rezeki tulisan Puan Nora Yusuf.
Murah rezeki ataupun rezeki melimpah ruah?
Yang mana satu kita nak?
Bukan sama saja ke?
Ya, bagi kebanyakan daripada kita (saya), selalu berdoa supaya dimurahkan rezeki.
Murah vs melimpah ruah.
Nampak sama tapi sebenarnya tak serupa.
Andai kita berdoa rezeki kita murah, maka murahlah (SEDIKIT) rezeki kita.
Kan biasa kita dengar harga murah, maksudnya harga rendah (kita perlu bayar sedikit sahaja) kan? Betul kan?
Andai kita berdoa dilimpahkan rezeki (melimpah maksudnya BANYAK). Maka banyaklah rezeki kita.
Nampak remeh, tetapi hakikatnya setiap perkataan yang diucapkan dan dituliskan itu mempunyai kesan yang sangat besar dalam kehidupan.
Mulai hari ini, mari kita sama-sama berhati-hati memilih perkataan kerana ia menjadi DOA yang SANGAT MAKBUL.
Luahkan yang baik-baik kerana setiap kata-kata adalah doa.

Friday 26 February 2016

Sketsa Moon dan Eton: Nak Redah Redah Dengan Ilmu



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Cerita: Mazlia Murat



“Moon, aku tengok hari-hari kau pergi pejabat pos. Meriah betul sales kau ya! Jeles aku dibuatnya,” luah Eton sambil mengunyah cekodok pisang Moon. Sungguh tak sopan bercakap sambil makan.

Hari ini mesyuarat tak rasmi mereka bukan di tepi pagar, sebaliknya Eton tanpa segan silu bertandang ke rumah Moon apabila haruman cekodok pisang Moon sampai ke hidung Eton.

Mana boleh tahan. Terus perut Eton berlagu hip hop minta diisi walaupun tadi baru saja Eton makan biskut cecah kopi mineral.

Moon senyum. “Alhamdulillah, Allah beri rezeki.”

“Apa rahsia kau Moon? Cuba kau kongsi dengan aku.”

“Betul kau nak tahu? Ala... tak ada rahsia pun. Kau tahu sebenarnya, tapi kau malas nak ambil tahu.”
Eton mencebik. “Ish... kau ni asyik sindir aku.”

Moon ketawa. “Nak merajuk ke?”

“Memandangkan kau ada cekodok sedap dan rahsia bisnes kencang, aku tahan rajuk aku. Cepatlah cerita.”

“Kau ingat tak hujung bulan lepas aku offer kau beli DVD Insta?”

“Ingat. Tak kuasa aku.”

Moon sengih. “Sebab 'tak kuasa' kau tulah... kau rugi. Selain FB, aku sekarang bisnes di instagram. Alhamdulillah, walaupun followers belum ramai, tapi ada yang bertanya, ada juga close sale.”

“Oh... macam tu. Okey, nanti aku nak cuba.” Seketul lagi cekodok selamat masuk ke dalam mulut Eton.

“Kau tahu ke guna instagram? Kau tahu macam mana nak dapatkan targeted followers? Kau tahu macam mana nak gunakan hashtag yang sesuai? Kau tahu 4 elemen penting untuk tarik pelanggan beli produk kau di instagaram.”

Eton menggeleng. “Untuk semua soalan kau, jawapannya... aku tak tahu dan tak kisah pun nak tahu. Ala… apa susah… redah sajalah. Tak payah pening-pening.”

Moon senyum. “Kau ni selalu sangat cakap macam tu. Sikit-sikit redah, sikit-sikit redah.”

“Kenapa? Salah ke aku cakap? Nak bisnes kena berani sahut cabaran. Kena berani ambil risiko. Pejam mata dan redah saja.” Bersemangat betul Eton sampaikan digenggam penumbuk lalu tinggi diangkat tangan menjulang ke langit.

Moon menghela nafas panjang. Senyum makin melebar. “Sedap tak cekodok pisang yang aku buat ni?”

“Sedap. Bukan sebab free tapi memang sedap. Err... sebab tu aku ter... makan banyak.”

“Bukan semua pisang sesuai dibuat cekodok. Nisbah tepung dengan pisang kena betul. Baru sedap. Aku dapatkan tip daripada Mak Cik Senah yang jual cekodok pisang di simpang empat.”

Eton mengangguk. “Aku tahu. Memang ramai beli kat situ.”

“Nak berbisnes, memang kena berani. Kena redah. Tapi kalau nak redah biar ada ilmu. Redah dengan ilmu berbeza dengan main redah tanpa apa-apa “senjata”. Itu pesan cikgu aku.”

“DVD Insta dah naik harga. Tapi... kalau beli sekarang dapat percuma buku instagram. Jualan cuma dibuka sampai 28 Feb ni. Ahad ni. Kau nak redah dengan ilmu ataupun kau nak redah tanpa ilmu, ikut suka. Tapi nanti jangan dok berkeluh kesah, malas aku nak dengar.”
Eton mencebik. Sabar, Eton. Tahan telinga. Sedap cekodok pisang ni. Kita makan dulu.

Picit sini laju-laju SEBELUM JUALAN DITUTUP >>>bit.ly/SalesMeletopsDiInsta

Picit sini laju-laju untuk dapatkan BUKU INSTAGRAM BAHASA MELAYU PERCUMA >>> bit.ly/SalesMeletopsDiInsta

Picit sini laju-laju untuk REDAH DENGAN ILMU >>>bit.ly/SalesMeletopsDiInsta

Tip Bisnes Untuk Newbie: Kumpul Database Pelanggan



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Teks: Mazlia Murat
Artikel ini di ditulis dengan sumber asal maklumat diperoleh daripada DVD Revolusi Manipulasi Instagram
 >>> bit.ly/SalesMeletopsDiInsta

Kepentingan Mengumpul Database Pelanggan.

Perkara ini sangat penting untuk mengelakkan bisnes kita gulung tikar, dan memaksimumkan jualan pada masa hadapan. Jadi, para suri rumah yang baru hendak memulakan bisnes dari rumah, tak kisahlah bisnes sendiri ataupun dropship tanpa modal, ataupun affiliates, pastikan semua maklumat pelanggan kita simpan. 

Yang dah berbisnes tetapi tak simpan database, jom mulakan sekarang, hari ini! 

Kenapa? Saya beri contoh dua situasi.


Situasi 1:
Eton mulakan perniagaan online di Instagram. Tiba-tiba selepas bisnes Eton meroket, Instagram ditutup. Eton pula semasa bisnes kencang, dengan alasan terlalu sibuk, tak simpan maklumat pelanggan. Hmm… apa lagi? Meraung tujuh hari tujuh malam pun tak ada gunanya.


Situasi 2:
Moon menjalankan bisnes online di Facebook. Alhamdulillah bisnes Moon menguntungkan. Hari-hari ada jualan.
Tup… tup… tak ada angin tak ada ribut, Mark Zuckerberg ambil keputusan tutup Facebook. 
Moon tenang-tenang saja guna cara lain untuk menghubungi pelanggan untuk menghebahkan promosi terkini. 
Melalui apa?
Melalui e-mel dan SMS/WhatsApp/Telegram. 

Selain promosi, Moon juga rajin follow up pelanggan, sekadar bertanya khabar dan mendoakan yang baik-baik. 


Kepentingan menyimpan database pelanggan:
1. Menjual banyak kali kepada pelanggan yang sama. Tidaklah kita asyik terpaksa cari pelanggan baru setiap hari. Penat. 
2. Memberikan reputasi yang baik. 

Contoh, Moon menerima mesej daripada pelanggan bertanyakan tentang satu produk. Moon pun menjawab mesej itu dengan memulakan ayat dengan doa. 

Pelanggan: Assalamualaikum. Saya nak tanya tentang Tropika Baby Herbal Cream.
Moon: Waalaikumussalam Puan Lina yang dirahmati Allah. Terima kasih kerana menghubungi saya lagi. Terima kasih kerana menjadi pelanggan setia saya. Saya sangat menghargainya.
Berkenaan Tropika Baby Herbal Cream….

Wah, skema ayat. Ini contoh… mungkin bahasa yang kita gunakan lebih santai tetapi sopan. Maaflah saya dah biasa tulis skema-skema. :)

Yang penting apa perasaan Puan Lina. Oh, rupa-rupanya Puan Lina pernah beli barang yang Moon jual, tetapi 5 tahun yang lalu! Tetapi Moon masih ingat nama Puan Lina. Sudah tentu Puan Lina rasa dihargai!


Kesimpulannya, maklumat database pelanggan sangat berguna untuk:
~ Meningkatkan jualan (Increase sales)
~ Pengulangan jualan daripada pelanggan yang sama (Repeat sales)
~ Mengadakan hubungan terus dengan pelanggan (Engagement)
~ Mewujudkan kepercayaan pelanggan (Trust)

Nak belajar bisnes di Instagram?
Jom!
 >>> bit.ly/SalesMeletopsDiInsta

P/S: Hari ni hari Jumaat yang barakah. Jom mulakan melatih diri menjadi suri rumah dermawan dan jutawan. 

P/P/S: Nak dapatkan lebih banyak tip untuk menjadi suri rumah jutawan dan dermawan? 
>>>>bit.ly/rezekimeriah


P/P/P/S: Saya doakan kita sama-sama berjaya jana pendapatan dari rumah, dan menjadi surirumah dermawan dan jutawan. Amin. 




Thursday 25 February 2016

Sketsa Moon dan Eton: Jangan Harap Kawan Tolong


Cerita oleh: Mazlia Murat

Moon menegur, "Eton, jemur baju ke?"

Eton menoleh. "Tak lah. Tengah joging."

Moon jiran sebelah rumah menyeringai di sebalik pagar batu yang menjadi sempadan rumah mereka.
"Amboi, marah nampak."

Eton mengeluh. Diangkat bakul yang sudah kosong. Dia berjalan ke arah Moon.
"Tak marah. Aku stres. Sedih sebenarnya."

Nampaknya sesi luahan perasaan akan bermula. Menyesal pula Moon rasa kerana menegur Eton. Tak pasal-pasal kena tadah telinga.

"Aku sedih. Tujuh hari tujuh malam aku fikir. Kenapa kawan-kawan aku terutama yang rapat ala-ala "cium mulut" gitu tak nak beli barang yang aku jual ya? Padahal aku tahu diorang guna barang-barang tu."

"Bila aku promote ada yang senyap sunyi. Ada yang kata 'Insya Allah' tapi lepas tu sepi saja. Lagi sedih ada yang kata nak beli lepas tu cancel tanpa minta maaf pun. Hancur luluh hati aku. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa buat aku macam ni?"

Amboi over betul Eton.

Moon tersengih lagi. "Betul kau tak tahu sebabnya?"

Eton mendengus. "Kan dah kata tujuh hari tujuh malam dah aku fikir."

"Kesian kau Eton. Benda mudah macam tu pun kau ambil masa sampai tujuh hari tujuh malam. Lagi kesian dah fikir tujuh hari tujuh malam pun tak dapat jawapan. Apasal la lembap sangat kau ni."

Eton menjeling. "Amboi tak sayang mulut nampak...."

Moon ketawa. "Jangan marah Eton. Meh aku bagi jawapan. Kau tak payahlah harap kawan-kawan bila nak bisnes ni. Kawan-kawan, sedara-mara, jiran tetangga. Senang cakap kau tak payah harap pada sesiapa.

Sebab... kalau Allah tak gerakkan hati mereka, sampai mati pun mereka takkan beli daripada kau.
Tak kisahlah mereka guna ke... mereka rapat dengan kau ke... kau pernah tolong mereka ke....

Kau nak apa-apa mintalah pada Allah. Nak pelanggan, minta pada Allah. Nak bisnes kencang minta pada Allah.

Kalau Allah gerakkan, jangan kata kawan baik, orang yang benci kau pun tiba-tiba muncul nak beli barang yang kau jual."

Eton angguk berkali-kali. Betul kata Moon.

"Eton..."

"Ada apa?"

"Aku ada produk baik ni..."

"Eh, okeylah Moon. Aku nak masak. Aku masuk dulu."

Moon hanya ketawa melihat Eton bergegas masuk. Takut le tu orang nak suruh beli barang!


Rezeki oh rezeki. Mari dekati aku.
>>>> bit.ly/rezekimeriah

Wednesday 24 February 2016

Sketsa Moon dan Eton: Ala… 20 Hinggit Je Pun!


Cerita oleh: Mazlia Murat


"Hai Moon," Eton menegur. Moon sedang membetulkan pokok bunga di taman kecil rumahnya.

"Assalamualaikum, Eton. Dari mana? Ceria nampak." Eton mengunci kereta lalu bersidai di pagar, tempat rutin mesyuarat tak rasmi mereka.

Moon sambil mengalih pasu bunga, sesekali memandang Eton.

"Waalaikumussalam. Haah. Memang hari ni aku ceria. Kau tak nak tanya kenapa aku ceria?"

"Kalau tak tanya pun kau mesti cerita."

Eton tersenyum meleret. "Aku gembira sebab aku baru balik dari rumah kebajikan. Bagi sedekah sikit. Tak banyak pun. Seribu jer...."

"Alhamdulillah. Bagus... bagus...."

"Ya, aku tahu aku memang bagus, Moon. Kau tak cakap pun aku sedia maklum. Aku memang suka sedekah, maklumlah nak menarik rezeki. Kau doakan aku murah rezeki ya, Moon."

"Okey. Tapi aku ada soalan. Kau jangan sentap pula ya!"

"Ish, kenapa pula aku nak sentap. Kau nak tanya apa, tanya sajalah. Hari ni mood aku baik. Kau jangan risau, aku takkan sentap." Yakin betul Eton.

Moon senyum. "Kau rasa la kan Eton... kau rasa la kan... bila agaknya kau nak bayar hutang aku. Kau jangan buat-buat lupa pulak."

Eton menjeling. "Ala kau ni Moon. Dua puluh hinggit je pun. Itu pun nak berkira. Nanti aku bayarlah."

"Eton, aku pelik betul dengan kau. Suka sedekah tapi selalu mengelat bayar hutang.

Kalau ikutkan dah membukit hutang kau dengan aku tapi yang lepas-lepas aku dah halalkan. Malas aku nak fikir.

Cuma itulah... kau fikirlah sendiri hutang wajib dibayar dan kau pulak terlebih mampu untuk bayar.
Bak kata kau 20 hinggit jer pun. Dah tahu 20 hinggit je kenapa liat benar nak bayar?

Antara hutang "20 hinggit je pun" dengan sedekah seribu kau tu... kau rasa mana patut kau dahulukan?

Lu pikirlah sendiri ye!"

Eton mencebik. Nak sentap ke nak rasa malu? Argh!!!

Sedekah menarik rezeki tetapi hutang menyekat rezeki >>>>bit.ly/rezekimeriah

Monday 22 February 2016

Tip Bisnes DAO: Perkongsian di Seminar Magnet Kejayaan



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Teks di bawah saya edit daripada sumber asal Facebook Tuan Shahfudin Sudin

Sedikit sebanyak perkongsian ilmu Dr. Azizan Osman (DAO) di Seminar Magnet Kejayaan:

Belajar jaga SOLAT! 
Allah jaga REZEKI kita.

Apa yang kita FIKIR, 
apa yang kita RASA, 
apa yg kita KATA, 
apa yg kita USAHA… 
itu semua DOA.

Kita nak DUIT dan ada MASA…
Apabila ada DUIT, kita dapat selesaikan banyak perkara.
Hati pun tenang.

____________

10 SEBAB YANG MEMBAWA KITA UNTUK BERJAYA:

1. Mesti tulis 10 MATLAMAT

2. Mesti baca matlamat KITA! Tampal dan baca hari-hari dan matlamat kita.

3. Komited untuk belajar/coaching.

4. Filter/tapis - remove orang negatif.

5. Bakar keinginan kita.

6. Berada dalam suasana yang menyokong kejayaan kita. 

7. Tingkatkan tenaga kita! Jaga kesihatan diri.

8. Nak buat sesuatu… buat SEKARANG!

9. Don't care attitude! Apabila kita ada ILMU kita fokus. Jangan layan apa orang kata!

10. Rempuh CABARAN!
____________

KUNCI KEJAYAAN:
1. NAK
Apabila hati NAK, pasti boleh. Sebaliknya, apabila tak nak, kita akan mencari ALASAN.
Apabila kita NAK, kita pasti FOKUS!


2. MENTALITI
Mentaliti tercabar apabila ada cabaran! Baru jatuh sikit, mula dah mengalah.
Mental kena kuat! Anggap itu semua COBAAN….

3. FOKUS
R.A.S...Reticular, Activating & System
SET apa yang KITA NAK bukan apa yg kita tak nak.

4. MATLAMAT
Matlamat yang jelas. Setkan apa yang kita nak dalam matlamat kita. 
Matlamat kena ada progress! Set target!
Sentiasa ada peningkatan. Step by step.

5. MENTOR 
Mesti ada mentor untuk guide kita. Tanpa mentor, kita tak boleh pergi jauh. 
Nak ubah hidup, kita kena cari orang yg lebih BERJAYA sebagai mentor.

6. MESTI! 
Tukar kata-kata NAK kepada MESTI. 
Sebab… kata-kata yang baik, Allah dengar….

7. STRATEGI - belajar untuk bina strategi yang cemerlang daripada orang yang berjaya.
Jangan try and error banyak kali.

8. EMOSI… 
U need of challenges! Jadikan semua kutukan sebagai PEMBAKAR semangat diri!

9. BERANI
MESTI ada impian yang jelas dan besar.
Penghalang untuk mencapai KEJAYAAN adalah DIRI SENDIRI!

10. ILMU
Tanpa ILMU, kita tidak akan berjaya.
Ilmu yang kita dapat JOM KONGSI. Jangan SIMPAN ilmu. 
Ilmu berkat apabila DIKONGSI.

_____

Untuk yang masih bekerja, PATUTKAH BERHENTI KERJA SEKARANG?
~ Bina side income 3-5 ganda daripada gaji bulanan baru berhenti kerja

~ Gaji sekarang gunakan untuk perbelanjaan bulanan.

~ Keuntungan simpan untuk bina bisnes apabila berhenti kerja.


Semoga bermanfaat.