Jom Berkenalan

Bismillahirrahmanirahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Membaca kegemaran saya. Waktu kecil saya suka baca buku cerita yang dipinjam di perpustakaan sekolah. Kesannya pada 2004 saya memulakan langkah menjadi penulis. Saya menulis 3 novel cinta yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. dan berbelas novel remaja dan kanak-kanak terbitan PTS One, anak syarikat PTS Media Group.

Membaca dan menulis juga membuka ruang kepada saya menjadi editor di PTS One.

Itu cerita dulu. Mulai tahun 2011, saya mula hilang minat menulis novel. Namun, saya masih suka menulis. 2013, saya menulis e-book berkongsi pengalaman dalam bidang penulisan dan penerbitan. 101 Tip Penulisan Novel dan 4 e-book bonus.

Namun, hati saya masih tidak gembira. Saya masih mahu menulis… tetapi mahu sesuatu yang berbeza. Saya ingin menulis kisah yang menjadi inspirasi kepada orang lain.

Saya kini suri rumah. Sedang berusaha menjana pendapatan dari rumah. Bisnes online dengan modal rendah. Dan… masih suka membaca dan mahu terus menulis.

Jadi, ini blog baru. Blog perkongsian ilmu dan pengalaman yang saya peroleh.

Tidak. Saya belum menjadi jutawan lagi. Saya sedang berusaha ke arah itu. Dan… setiap hari saya berusaha mendidik diri untuk menjadi dermawan. Insya Allah. 

Menjadi suri rumah dermawan dan jutawan. 

Ya, itulah impian saya.

Kenapa dermawan dahulu sebelum jutawan?

~ Kerana apabila kita menjadi dermawan, insya Allah kita akan jadi jutawan. Ingat matematik Allah. Orang yang bersedekah akan dibalas 10 kali ganda sekurang-kurangnya. 

~ Mendidik diri supaya memberi sebelum menerima. 
Bak kata Robert Kiyosaki penulis best seller siri kegemaran saya, Rich Dad Poor Dad:



Saya berharap dengan berkongsi ilmu dan pengalaman yang saya dapat dalam proses menjadi suri rumah dermawan dan jutawan, saya akan dapat lebih banyak ilmu dan rezeki lain. :)

The more you give the more you get. Begitulah konsepnya. Sedekah bukan hanya duit, tenaga, masa, ilmu. Insya Allah kita jadi jutawan. Jutawan pahala untuk bekalan kelak. :) 

Saya percaya ramai suri rumah seperti saya. Berkongsi impian yang sama. Mahu menjadi dermawan dan jutawan. Jom, kita sama-sama berusaha. 

Semoga perkongsian di blog ini bermanfaat.

Daripada…
Saya yang suka membaca dan menulis. :)










No comments:

Post a Comment