Wednesday 4 May 2016

Rezeki Oh Rezeki



Bismillahirahmanirrahim.

Sumber: Sharing WhatsApp Group Garam Aura Rezeki.

___________

Rezeki dalam hidup kita lain-lain.

Ada orang rezeki dia, dapat kahwin awal dan settle down.

Ada orang rezeki dia, ada wang yang tujuh keturunan pun tak akan habis.

Ada orang rezeki dia, ada anak2 yang baik, yang sedang hafaz al-Quran.

Ada orang rezeki dia, dapat solat di masjid setiap waktu.

Ada orang rezeki dia, cukup makan dan pakai setiap hari.

Ada orang rezeki dia, dapat travel sana-sini.

Ada orang rezeki dia, business maju dan bertambah maju.

Ada orang rezeki dia, dapat belajar sampai tahap yang tertinggi.

Ada orang rezeki dia, mudah belajar dan baca al-Quran.

Ada orang rezeki dia, ahli keluarga masih ada di sisi.

Ada orang rezeki dia, ada rumah yang selesa didiami.

Hakikatnya Allah menjadikan kita semua orang yang kaya dengan rezeki yang tersendiri, tetapi kadang-kadang kita tak nampak dan tak sedar sebab kita selalu nampak rezeki itu dalam bentuk wang dan material.

Alhamdulillah semua benda yang baik adalah rezeki Allah, walaupun hanya dengan dapat baca satu ayat al-Quran dalam sehari sebab ada orang yang Allah tak bagi rezeki nak baca al-Quran walaupun sekali dalam hidup dia.

Carilah Allah dalam mencari rezeki yang berkat. Utamakan kehendak Allah, insya Allah rezeki sangat mudah sampai kepada kita dalam semua perkara.

Berlapang dada menjemput rezeki, bersyukurlah dalam setiap rezeki yang kita dapat.





Saturday 9 April 2016

7 Magnet Rezeki: Harapan Itu... Sandarkan Hanya Kepada Dia




Teks: Mazlia Murat
Sumber Foto: http://3-s.my/ayat-murah-rezeki-dan-cepat-kaya/

Bismillahirrahmanirahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Apabila kita berharap kepada manusia...

Kepada kawan baik untuk membeli krim anti jeragat yang kita jual...
Kepada jiran untuk membeli kain cotton Gred AAA yang kita jual...
Kepada rakan pejabat untuk membeli abaya fursan A cut yang kita jual...
Kepada orang asing yang mesej bertanya tentang supplement makanan sunnah yang kita jual...

Sesudah kita beria-ia memperomosi...
Sesudah soalan demi soalan kita jawab...

Kemudiannya berakhir dengan...
No, thanks
Nantilah kalau nak saya contact awak

Atau lebih sadis
Langsung tidak ada respons...
Sunyi sepi.. buat dek je...

Sedih. Hampa. Kecewa. Penat. Putus asa. 

Namun...
Apabila kita berharap hanya kepada Dia
Berdoa Dia hantarkan...
Orang yang benar-benar memerlukan apa yang kita jual...
Orang yang akan mendapat manfaat daripada apa yang kita jual...

Tenang. Sabar. Positif.
Kita lalui hidup sebagai orang bisnes dengan hati yang damai. Yakin ada rezeki untuk kita.
Pasti Allah hantarkan pembeli terbaik untuk kita.
Kita dan dia akan sama-sama mendapat manfaat di atas urus niaga ini.
Insya Allah.

Nak kaya... mintalah pada yang Maha Pemberi Kekayaan.
Nak rezeki... mintalah pada yang Maha Pemberi Rezeki.



___________

Friday 8 April 2016

Hipnosis MBS: Aku Positif. Aku Tenang. Aku bahagia.



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.


Jom rakan-rakan WAHM (working-at home-mom) / para suri rumah luar biasa hebat, mari kita terapi diri.

Hipnosis minda separuh sedar (MBS) kita supaya kita lebih positif. Menjalani hidup dengan lebih baik hari demi hari. Insya Allah.

Baca (telinga kita dengar suara kita) sambil tangan kanan tekan dada belah kiri/jantung:
👇👇👇👇
------
Alhamdulillah, hari ini aku menjadi lebih hebat daripada semalam.

Aku bahagia.
Kebahagiaanku meningkat setiap hari.

Aku bijak. 
Kebijaksanaanku meningkat setiap hari.

Aku kaya.
Kekayaanku meningkat setiap hari.

Aku tenang. 
Ketenanganku meningkat setiap hari.

Aku fokus. 
Fokusku semakin meningkat setiap hari.

Aku sihat. 
Kesihatanku semakin baik setiap hari.

Aku beriman. 
Keimananku kepada Allah meningkat setiap hari.
Solatku semakin khusyuk, zikirku semakin kerap. Al-Quran aku baca setiap hari.
Semua yang aku lakukan menjadi ibadah kepada Allah.

Aku tak tahu bagaimana aku tahu dan aku lakukan tetapi aku berjaya capai setiap impianku dengan sangat mudah, cepat, bijak dan gembiranya.

Alhamdulillah ya Syakur. Terima kasih ya Allah.

Kredit: Diubah suai daripada content di Channel Telegram Bahagia Hidup BerTuhan

Sunday 13 March 2016

Anak Mama Dah Besar: Kasut Pink



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


"Eee, kotor. Ayah tak nampak ke masa beli, " bebel saya seraya memakaikan anak selipar baru berwarna pink yang dibelikan ayahnya semalam.

"Tak pe. Anti ayah eli asut pink." Pelat tetapi penuh keyakinan. 

Alahai anak mama. Entah siapa ajar dia tentang warna pink. Sekarang semua pun nak pink! 

Saturday 12 March 2016

Anak Mama Dah Besar: Mama Amni!



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Kami ke Mydin untuk menerai gerehal. Ketika Amni sedang leka, saya sembunyi di belakangnya.

Menyedari ketiadaan saya, dia memanggil saya beberapa kali. "Mama! Mama!"

Saya terus memerhati namun tidak bersuara. 

"Mama! Mama! Mama!"

Saya diam di tempot persembunyian.

"Mama Amni! Mama Amni! Mama Amni!"

Pandai sangat anak mama. Tak tahu nak gambarkan perasaan dalam hati. Antara rasa kelakar dan rasa sebak. 

Hati seorang ibu yang melihat anaknya semakin besar.

Thursday 3 March 2016

Siapa Kita Cari Dulu?

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Teks: Mazlia Murat


Allah dulu, Allah lagi, Allah terus adalah tagline Ustaz Yusuf Mansur. Malah ada satu buku beliau menggunakan tagline itu sebagai tajuk.

Saya mengenali Ustaz Yusuf Mansur melalui e-book Cikpuan Insyirah Azhar, BAD (Bertanya Allah Dulu). Lalu saya bertekad mencari buku-buku beliau. Saya beli 10 buku beliau, namun buku yang disebut dalam e-book saya tak dapat beli. Undang Saja Allah. Jadi, kalau ada sesiapa yang nak hadiahkan kepada saya, sangat-sangat dialu-alukan. Gitu…

Kita demam, 
Kita selesema, 
Kita sakit… 
Siapa kita cari dulu?
Allah ataupun doktor?

Kita rasa lapar, 
Nak makan, 
Rasa haus, 
Nak minum…
Kita cari air dan makanan ataupun kita 'cari' Allah dulu?

Pagi-pagi, kita bangun, 
Kita cari smartphone, nak cek FB, WhatsApp
Ataupun kita 'cari' Allah dulu, berzikir, ucap Alhamdulillah kerana masih hidup?

Kita nak berbisnes, 
Kita sibuk-sibuk cari produk, 
Cari mentor, 
Cari network, 
Ataupun kita 'cari' Allah dulu sebelum semua itu?


Bisnes kita krik… krik…
Hidup segan mati tak mahu…
Kita sibuk beriklan sana sini
Masuk kelas sana sini
Belajar kaedah soft selling
Belajar copy writing
Belajar teknik jual di FB, di insta
Ataupun kita 'cari' Allah dulu?


Kita tahu namun belum tentu kita amalkan…
Menghadirkan Allah dalam setiap langkah kehidupan kita. 


>>>> bit.ly/SayaMahuRezekiMelimpahRuah




Wednesday 2 March 2016

Tip Tarik Rezeki: Rezeki Murah VS Rezeki Melimpah Ruah



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Artikel ini diubah suai daripada sumber asal e-book Formula Tarik Rezeki tulisan Puan Nora Yusuf.
Murah rezeki ataupun rezeki melimpah ruah?
Yang mana satu kita nak?
Bukan sama saja ke?
Ya, bagi kebanyakan daripada kita (saya), selalu berdoa supaya dimurahkan rezeki.
Murah vs melimpah ruah.
Nampak sama tapi sebenarnya tak serupa.
Andai kita berdoa rezeki kita murah, maka murahlah (SEDIKIT) rezeki kita.
Kan biasa kita dengar harga murah, maksudnya harga rendah (kita perlu bayar sedikit sahaja) kan? Betul kan?
Andai kita berdoa dilimpahkan rezeki (melimpah maksudnya BANYAK). Maka banyaklah rezeki kita.
Nampak remeh, tetapi hakikatnya setiap perkataan yang diucapkan dan dituliskan itu mempunyai kesan yang sangat besar dalam kehidupan.
Mulai hari ini, mari kita sama-sama berhati-hati memilih perkataan kerana ia menjadi DOA yang SANGAT MAKBUL.
Luahkan yang baik-baik kerana setiap kata-kata adalah doa.