Sunday 13 March 2016

Anak Mama Dah Besar: Kasut Pink



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


"Eee, kotor. Ayah tak nampak ke masa beli, " bebel saya seraya memakaikan anak selipar baru berwarna pink yang dibelikan ayahnya semalam.

"Tak pe. Anti ayah eli asut pink." Pelat tetapi penuh keyakinan. 

Alahai anak mama. Entah siapa ajar dia tentang warna pink. Sekarang semua pun nak pink! 

Saturday 12 March 2016

Anak Mama Dah Besar: Mama Amni!



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Kami ke Mydin untuk menerai gerehal. Ketika Amni sedang leka, saya sembunyi di belakangnya.

Menyedari ketiadaan saya, dia memanggil saya beberapa kali. "Mama! Mama!"

Saya terus memerhati namun tidak bersuara. 

"Mama! Mama! Mama!"

Saya diam di tempot persembunyian.

"Mama Amni! Mama Amni! Mama Amni!"

Pandai sangat anak mama. Tak tahu nak gambarkan perasaan dalam hati. Antara rasa kelakar dan rasa sebak. 

Hati seorang ibu yang melihat anaknya semakin besar.

Thursday 3 March 2016

Siapa Kita Cari Dulu?

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Teks: Mazlia Murat


Allah dulu, Allah lagi, Allah terus adalah tagline Ustaz Yusuf Mansur. Malah ada satu buku beliau menggunakan tagline itu sebagai tajuk.

Saya mengenali Ustaz Yusuf Mansur melalui e-book Cikpuan Insyirah Azhar, BAD (Bertanya Allah Dulu). Lalu saya bertekad mencari buku-buku beliau. Saya beli 10 buku beliau, namun buku yang disebut dalam e-book saya tak dapat beli. Undang Saja Allah. Jadi, kalau ada sesiapa yang nak hadiahkan kepada saya, sangat-sangat dialu-alukan. Gitu…

Kita demam, 
Kita selesema, 
Kita sakit… 
Siapa kita cari dulu?
Allah ataupun doktor?

Kita rasa lapar, 
Nak makan, 
Rasa haus, 
Nak minum…
Kita cari air dan makanan ataupun kita 'cari' Allah dulu?

Pagi-pagi, kita bangun, 
Kita cari smartphone, nak cek FB, WhatsApp
Ataupun kita 'cari' Allah dulu, berzikir, ucap Alhamdulillah kerana masih hidup?

Kita nak berbisnes, 
Kita sibuk-sibuk cari produk, 
Cari mentor, 
Cari network, 
Ataupun kita 'cari' Allah dulu sebelum semua itu?


Bisnes kita krik… krik…
Hidup segan mati tak mahu…
Kita sibuk beriklan sana sini
Masuk kelas sana sini
Belajar kaedah soft selling
Belajar copy writing
Belajar teknik jual di FB, di insta
Ataupun kita 'cari' Allah dulu?


Kita tahu namun belum tentu kita amalkan…
Menghadirkan Allah dalam setiap langkah kehidupan kita. 


>>>> bit.ly/SayaMahuRezekiMelimpahRuah




Wednesday 2 March 2016

Tip Tarik Rezeki: Rezeki Murah VS Rezeki Melimpah Ruah



Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Artikel ini diubah suai daripada sumber asal e-book Formula Tarik Rezeki tulisan Puan Nora Yusuf.
Murah rezeki ataupun rezeki melimpah ruah?
Yang mana satu kita nak?
Bukan sama saja ke?
Ya, bagi kebanyakan daripada kita (saya), selalu berdoa supaya dimurahkan rezeki.
Murah vs melimpah ruah.
Nampak sama tapi sebenarnya tak serupa.
Andai kita berdoa rezeki kita murah, maka murahlah (SEDIKIT) rezeki kita.
Kan biasa kita dengar harga murah, maksudnya harga rendah (kita perlu bayar sedikit sahaja) kan? Betul kan?
Andai kita berdoa dilimpahkan rezeki (melimpah maksudnya BANYAK). Maka banyaklah rezeki kita.
Nampak remeh, tetapi hakikatnya setiap perkataan yang diucapkan dan dituliskan itu mempunyai kesan yang sangat besar dalam kehidupan.
Mulai hari ini, mari kita sama-sama berhati-hati memilih perkataan kerana ia menjadi DOA yang SANGAT MAKBUL.
Luahkan yang baik-baik kerana setiap kata-kata adalah doa.