Wednesday, 24 February 2016

Sketsa Moon dan Eton: Ala… 20 Hinggit Je Pun!


Cerita oleh: Mazlia Murat


"Hai Moon," Eton menegur. Moon sedang membetulkan pokok bunga di taman kecil rumahnya.

"Assalamualaikum, Eton. Dari mana? Ceria nampak." Eton mengunci kereta lalu bersidai di pagar, tempat rutin mesyuarat tak rasmi mereka.

Moon sambil mengalih pasu bunga, sesekali memandang Eton.

"Waalaikumussalam. Haah. Memang hari ni aku ceria. Kau tak nak tanya kenapa aku ceria?"

"Kalau tak tanya pun kau mesti cerita."

Eton tersenyum meleret. "Aku gembira sebab aku baru balik dari rumah kebajikan. Bagi sedekah sikit. Tak banyak pun. Seribu jer...."

"Alhamdulillah. Bagus... bagus...."

"Ya, aku tahu aku memang bagus, Moon. Kau tak cakap pun aku sedia maklum. Aku memang suka sedekah, maklumlah nak menarik rezeki. Kau doakan aku murah rezeki ya, Moon."

"Okey. Tapi aku ada soalan. Kau jangan sentap pula ya!"

"Ish, kenapa pula aku nak sentap. Kau nak tanya apa, tanya sajalah. Hari ni mood aku baik. Kau jangan risau, aku takkan sentap." Yakin betul Eton.

Moon senyum. "Kau rasa la kan Eton... kau rasa la kan... bila agaknya kau nak bayar hutang aku. Kau jangan buat-buat lupa pulak."

Eton menjeling. "Ala kau ni Moon. Dua puluh hinggit je pun. Itu pun nak berkira. Nanti aku bayarlah."

"Eton, aku pelik betul dengan kau. Suka sedekah tapi selalu mengelat bayar hutang.

Kalau ikutkan dah membukit hutang kau dengan aku tapi yang lepas-lepas aku dah halalkan. Malas aku nak fikir.

Cuma itulah... kau fikirlah sendiri hutang wajib dibayar dan kau pulak terlebih mampu untuk bayar.
Bak kata kau 20 hinggit jer pun. Dah tahu 20 hinggit je kenapa liat benar nak bayar?

Antara hutang "20 hinggit je pun" dengan sedekah seribu kau tu... kau rasa mana patut kau dahulukan?

Lu pikirlah sendiri ye!"

Eton mencebik. Nak sentap ke nak rasa malu? Argh!!!

Sedekah menarik rezeki tetapi hutang menyekat rezeki >>>>bit.ly/rezekimeriah

No comments:

Post a Comment