Thursday, 25 February 2016

Sketsa Moon dan Eton: Jangan Harap Kawan Tolong


Cerita oleh: Mazlia Murat

Moon menegur, "Eton, jemur baju ke?"

Eton menoleh. "Tak lah. Tengah joging."

Moon jiran sebelah rumah menyeringai di sebalik pagar batu yang menjadi sempadan rumah mereka.
"Amboi, marah nampak."

Eton mengeluh. Diangkat bakul yang sudah kosong. Dia berjalan ke arah Moon.
"Tak marah. Aku stres. Sedih sebenarnya."

Nampaknya sesi luahan perasaan akan bermula. Menyesal pula Moon rasa kerana menegur Eton. Tak pasal-pasal kena tadah telinga.

"Aku sedih. Tujuh hari tujuh malam aku fikir. Kenapa kawan-kawan aku terutama yang rapat ala-ala "cium mulut" gitu tak nak beli barang yang aku jual ya? Padahal aku tahu diorang guna barang-barang tu."

"Bila aku promote ada yang senyap sunyi. Ada yang kata 'Insya Allah' tapi lepas tu sepi saja. Lagi sedih ada yang kata nak beli lepas tu cancel tanpa minta maaf pun. Hancur luluh hati aku. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa buat aku macam ni?"

Amboi over betul Eton.

Moon tersengih lagi. "Betul kau tak tahu sebabnya?"

Eton mendengus. "Kan dah kata tujuh hari tujuh malam dah aku fikir."

"Kesian kau Eton. Benda mudah macam tu pun kau ambil masa sampai tujuh hari tujuh malam. Lagi kesian dah fikir tujuh hari tujuh malam pun tak dapat jawapan. Apasal la lembap sangat kau ni."

Eton menjeling. "Amboi tak sayang mulut nampak...."

Moon ketawa. "Jangan marah Eton. Meh aku bagi jawapan. Kau tak payahlah harap kawan-kawan bila nak bisnes ni. Kawan-kawan, sedara-mara, jiran tetangga. Senang cakap kau tak payah harap pada sesiapa.

Sebab... kalau Allah tak gerakkan hati mereka, sampai mati pun mereka takkan beli daripada kau.
Tak kisahlah mereka guna ke... mereka rapat dengan kau ke... kau pernah tolong mereka ke....

Kau nak apa-apa mintalah pada Allah. Nak pelanggan, minta pada Allah. Nak bisnes kencang minta pada Allah.

Kalau Allah gerakkan, jangan kata kawan baik, orang yang benci kau pun tiba-tiba muncul nak beli barang yang kau jual."

Eton angguk berkali-kali. Betul kata Moon.

"Eton..."

"Ada apa?"

"Aku ada produk baik ni..."

"Eh, okeylah Moon. Aku nak masak. Aku masuk dulu."

Moon hanya ketawa melihat Eton bergegas masuk. Takut le tu orang nak suruh beli barang!


Rezeki oh rezeki. Mari dekati aku.
>>>> bit.ly/rezekimeriah

No comments:

Post a Comment