Showing posts with label Mesyuarat Tepi Pagar Moon dan Eton. Show all posts
Showing posts with label Mesyuarat Tepi Pagar Moon dan Eton. Show all posts

Friday, 26 February 2016

Sketsa Moon dan Eton: Nak Redah Redah Dengan Ilmu



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



Cerita: Mazlia Murat



“Moon, aku tengok hari-hari kau pergi pejabat pos. Meriah betul sales kau ya! Jeles aku dibuatnya,” luah Eton sambil mengunyah cekodok pisang Moon. Sungguh tak sopan bercakap sambil makan.

Hari ini mesyuarat tak rasmi mereka bukan di tepi pagar, sebaliknya Eton tanpa segan silu bertandang ke rumah Moon apabila haruman cekodok pisang Moon sampai ke hidung Eton.

Mana boleh tahan. Terus perut Eton berlagu hip hop minta diisi walaupun tadi baru saja Eton makan biskut cecah kopi mineral.

Moon senyum. “Alhamdulillah, Allah beri rezeki.”

“Apa rahsia kau Moon? Cuba kau kongsi dengan aku.”

“Betul kau nak tahu? Ala... tak ada rahsia pun. Kau tahu sebenarnya, tapi kau malas nak ambil tahu.”
Eton mencebik. “Ish... kau ni asyik sindir aku.”

Moon ketawa. “Nak merajuk ke?”

“Memandangkan kau ada cekodok sedap dan rahsia bisnes kencang, aku tahan rajuk aku. Cepatlah cerita.”

“Kau ingat tak hujung bulan lepas aku offer kau beli DVD Insta?”

“Ingat. Tak kuasa aku.”

Moon sengih. “Sebab 'tak kuasa' kau tulah... kau rugi. Selain FB, aku sekarang bisnes di instagram. Alhamdulillah, walaupun followers belum ramai, tapi ada yang bertanya, ada juga close sale.”

“Oh... macam tu. Okey, nanti aku nak cuba.” Seketul lagi cekodok selamat masuk ke dalam mulut Eton.

“Kau tahu ke guna instagram? Kau tahu macam mana nak dapatkan targeted followers? Kau tahu macam mana nak gunakan hashtag yang sesuai? Kau tahu 4 elemen penting untuk tarik pelanggan beli produk kau di instagaram.”

Eton menggeleng. “Untuk semua soalan kau, jawapannya... aku tak tahu dan tak kisah pun nak tahu. Ala… apa susah… redah sajalah. Tak payah pening-pening.”

Moon senyum. “Kau ni selalu sangat cakap macam tu. Sikit-sikit redah, sikit-sikit redah.”

“Kenapa? Salah ke aku cakap? Nak bisnes kena berani sahut cabaran. Kena berani ambil risiko. Pejam mata dan redah saja.” Bersemangat betul Eton sampaikan digenggam penumbuk lalu tinggi diangkat tangan menjulang ke langit.

Moon menghela nafas panjang. Senyum makin melebar. “Sedap tak cekodok pisang yang aku buat ni?”

“Sedap. Bukan sebab free tapi memang sedap. Err... sebab tu aku ter... makan banyak.”

“Bukan semua pisang sesuai dibuat cekodok. Nisbah tepung dengan pisang kena betul. Baru sedap. Aku dapatkan tip daripada Mak Cik Senah yang jual cekodok pisang di simpang empat.”

Eton mengangguk. “Aku tahu. Memang ramai beli kat situ.”

“Nak berbisnes, memang kena berani. Kena redah. Tapi kalau nak redah biar ada ilmu. Redah dengan ilmu berbeza dengan main redah tanpa apa-apa “senjata”. Itu pesan cikgu aku.”

“DVD Insta dah naik harga. Tapi... kalau beli sekarang dapat percuma buku instagram. Jualan cuma dibuka sampai 28 Feb ni. Ahad ni. Kau nak redah dengan ilmu ataupun kau nak redah tanpa ilmu, ikut suka. Tapi nanti jangan dok berkeluh kesah, malas aku nak dengar.”
Eton mencebik. Sabar, Eton. Tahan telinga. Sedap cekodok pisang ni. Kita makan dulu.

Picit sini laju-laju SEBELUM JUALAN DITUTUP >>>bit.ly/SalesMeletopsDiInsta

Picit sini laju-laju untuk dapatkan BUKU INSTAGRAM BAHASA MELAYU PERCUMA >>> bit.ly/SalesMeletopsDiInsta

Picit sini laju-laju untuk REDAH DENGAN ILMU >>>bit.ly/SalesMeletopsDiInsta

Thursday, 25 February 2016

Sketsa Moon dan Eton: Jangan Harap Kawan Tolong


Cerita oleh: Mazlia Murat

Moon menegur, "Eton, jemur baju ke?"

Eton menoleh. "Tak lah. Tengah joging."

Moon jiran sebelah rumah menyeringai di sebalik pagar batu yang menjadi sempadan rumah mereka.
"Amboi, marah nampak."

Eton mengeluh. Diangkat bakul yang sudah kosong. Dia berjalan ke arah Moon.
"Tak marah. Aku stres. Sedih sebenarnya."

Nampaknya sesi luahan perasaan akan bermula. Menyesal pula Moon rasa kerana menegur Eton. Tak pasal-pasal kena tadah telinga.

"Aku sedih. Tujuh hari tujuh malam aku fikir. Kenapa kawan-kawan aku terutama yang rapat ala-ala "cium mulut" gitu tak nak beli barang yang aku jual ya? Padahal aku tahu diorang guna barang-barang tu."

"Bila aku promote ada yang senyap sunyi. Ada yang kata 'Insya Allah' tapi lepas tu sepi saja. Lagi sedih ada yang kata nak beli lepas tu cancel tanpa minta maaf pun. Hancur luluh hati aku. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa buat aku macam ni?"

Amboi over betul Eton.

Moon tersengih lagi. "Betul kau tak tahu sebabnya?"

Eton mendengus. "Kan dah kata tujuh hari tujuh malam dah aku fikir."

"Kesian kau Eton. Benda mudah macam tu pun kau ambil masa sampai tujuh hari tujuh malam. Lagi kesian dah fikir tujuh hari tujuh malam pun tak dapat jawapan. Apasal la lembap sangat kau ni."

Eton menjeling. "Amboi tak sayang mulut nampak...."

Moon ketawa. "Jangan marah Eton. Meh aku bagi jawapan. Kau tak payahlah harap kawan-kawan bila nak bisnes ni. Kawan-kawan, sedara-mara, jiran tetangga. Senang cakap kau tak payah harap pada sesiapa.

Sebab... kalau Allah tak gerakkan hati mereka, sampai mati pun mereka takkan beli daripada kau.
Tak kisahlah mereka guna ke... mereka rapat dengan kau ke... kau pernah tolong mereka ke....

Kau nak apa-apa mintalah pada Allah. Nak pelanggan, minta pada Allah. Nak bisnes kencang minta pada Allah.

Kalau Allah gerakkan, jangan kata kawan baik, orang yang benci kau pun tiba-tiba muncul nak beli barang yang kau jual."

Eton angguk berkali-kali. Betul kata Moon.

"Eton..."

"Ada apa?"

"Aku ada produk baik ni..."

"Eh, okeylah Moon. Aku nak masak. Aku masuk dulu."

Moon hanya ketawa melihat Eton bergegas masuk. Takut le tu orang nak suruh beli barang!


Rezeki oh rezeki. Mari dekati aku.
>>>> bit.ly/rezekimeriah

Wednesday, 24 February 2016

Sketsa Moon dan Eton: Ala… 20 Hinggit Je Pun!


Cerita oleh: Mazlia Murat


"Hai Moon," Eton menegur. Moon sedang membetulkan pokok bunga di taman kecil rumahnya.

"Assalamualaikum, Eton. Dari mana? Ceria nampak." Eton mengunci kereta lalu bersidai di pagar, tempat rutin mesyuarat tak rasmi mereka.

Moon sambil mengalih pasu bunga, sesekali memandang Eton.

"Waalaikumussalam. Haah. Memang hari ni aku ceria. Kau tak nak tanya kenapa aku ceria?"

"Kalau tak tanya pun kau mesti cerita."

Eton tersenyum meleret. "Aku gembira sebab aku baru balik dari rumah kebajikan. Bagi sedekah sikit. Tak banyak pun. Seribu jer...."

"Alhamdulillah. Bagus... bagus...."

"Ya, aku tahu aku memang bagus, Moon. Kau tak cakap pun aku sedia maklum. Aku memang suka sedekah, maklumlah nak menarik rezeki. Kau doakan aku murah rezeki ya, Moon."

"Okey. Tapi aku ada soalan. Kau jangan sentap pula ya!"

"Ish, kenapa pula aku nak sentap. Kau nak tanya apa, tanya sajalah. Hari ni mood aku baik. Kau jangan risau, aku takkan sentap." Yakin betul Eton.

Moon senyum. "Kau rasa la kan Eton... kau rasa la kan... bila agaknya kau nak bayar hutang aku. Kau jangan buat-buat lupa pulak."

Eton menjeling. "Ala kau ni Moon. Dua puluh hinggit je pun. Itu pun nak berkira. Nanti aku bayarlah."

"Eton, aku pelik betul dengan kau. Suka sedekah tapi selalu mengelat bayar hutang.

Kalau ikutkan dah membukit hutang kau dengan aku tapi yang lepas-lepas aku dah halalkan. Malas aku nak fikir.

Cuma itulah... kau fikirlah sendiri hutang wajib dibayar dan kau pulak terlebih mampu untuk bayar.
Bak kata kau 20 hinggit jer pun. Dah tahu 20 hinggit je kenapa liat benar nak bayar?

Antara hutang "20 hinggit je pun" dengan sedekah seribu kau tu... kau rasa mana patut kau dahulukan?

Lu pikirlah sendiri ye!"

Eton mencebik. Nak sentap ke nak rasa malu? Argh!!!

Sedekah menarik rezeki tetapi hutang menyekat rezeki >>>>bit.ly/rezekimeriah